Breaking




بسم الله الرحمن الرحيم


Bahan-bahan nya adalah :

1. Ayam Fillet.
2. 4 ulas bawang putih dipenyekkan.
3. 1 1/2 inci halia dipenyekkan.
4. Cili kering 6 tangkai dipotong 2.
5. Cendawan shitake dalam tin, boleh letak berapa ketul ikut kesesuaian bilangan orang.
6. Yee mee.
7. Kicap hitam/pekat dalam 3tb
8. Sos tiram 2tb
9. Serbuk lada lada hitam.
10. Garam (agak2).
11. Kiub Ayam
12. Air tepung jagung (mengikut kepekatan yang diingini)
13. Cili padi merah. Hiris dan bubuh kicap cair. Ketepikan.

Cara Memasak :
1. Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan bubuhkan cendawan. gaul sebati.
2. Kemudian masukkan 2 cawan air.
3. Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebati.
4. Masukkan air kicap pekat, sos tiram, kiub ayam, serbuk lada hitam. Biar hingga menggelegak dan kecikkan api.
5. Tutup kuali dan masakkan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dan selera, boleh tutup api.
yee mee

6. Untuk menghidangkannya guna kuali kecil. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan yee mee sesanggul.

7. Lepas itu alihkan kedalam pinggan dan taruh sayur sawi dan sedikit lagi kuah. Siap untuk dihidang bersama dengan cili api hiris. Selamat mencuba.

Yee mee kalau mahu celur dengan air panas sekejap pun boleh juga. Saya tak celur sebab kuah boleh melembutkan yee mee.

No comments:

Powered by Blogger.